Thursday, April 9, 2009

~aku dan gula~

By azryn akmal | 9:34 PM | 0 Sweeties | Filed :
yezza..salam sume, pejam celik dah pun nak masuk 5 bulan kandungan aku, hehe..perasaan? macam2, bercampur-baur, seronok, gelisah pun ada jugak sbb perut ni dah makin ke depan, baju seluar sume dah tak muat, tp perut je la..maknye masih maintain cute lagi, haha..
apepun, aku blaja benda baru masa peggy nie sbb aku dpt penyakit, hehe..mcm makcik2 plak rasanya bila check darah aritu, tahap gula aku naik, memula tu mcm cuak la jugak, sbb nurse yg tukang amik darah tu sekali ngan ekspresi muka poyo cakap ”alamak, awak ada kencing manis laaa..” masa tu rasanya muka aku kelat la sekejap, tak sangka org slim mcm aku ni ada kencing manis jugak, bila nurse tu kata aku kena jumpa doktor, lagi la aku seriau. naik ke atas, doktor tu explain mcamana org mengandung ni senang dpt diabetes, mcmana nak kawal etc, at last dia suruh nurse bgtau aku prosedur amik darah 4 kali sehari @ medic punya istilah ‘bsp’.
so next weeknya, aku dtg la balik klinik, check darah, amik kat hujung jari dari kul 8 pagi - 9 mlm, dan bacaan aku ok (4.0,4.4,3.8,4.0) maknanya kandungan gula dalam darah aku ok2 jer, tp kalau boleh tak digalakkan kurang dari 4.0 @ lebih dari 7.8, so esoknya still kena jumpa doktor. alkisahnya sepanjang seminggu sblm aku p check, abis sume website ibu mengandung aku search pasal diabetes ni, rupan2nya kena jaga makan, nasi, mee, gula kena kurangkan, utk org yg bukan dr keturunan pun masih boleh dpt diabetes sebenarnya apatah lagi kalau yg parentnya mmg ada diabetes, lagilah kena jaga2 tp alhamdulillah mak aku xde la plak diabetes ni cuma aku je awal2 aritu main belasah makan itu ini, tak sangka plak terkena. so aku amalkanlah apa yg patut, siap buat menu harian utk elakkan dr ter’makan’ benda2 yg menyumbang karbohidrat jadi tinggi..walaupun perut ni terliur itu ini, tp bila dikenangkan baby, aku terpaksa lah mengalah, tak lama 9 bulan jer, kalau boleh sesiapa pun nak baby yg sihat, comel, ye tak?! sbb risiko diabetes waktu mengandung ni, baby akan jad besar, kalau besar susah nak bersalin normal (apatah lg utk org comel mcm aku ni, hehe) nnti ke c-zer, kalau boleh nak elakkan benda2 ni dari terjadi, insyaallah..
next week (14 april), aku kena p wat ‘bsp’ lagi, kena amik cuti lagi (mc la jwbnyer..), diambik darah 4x sehari..hopefully resultnya ok, dan aku tak pyhlah ulang-alik ke klinik (w/pun tak jauh, cuma 5 minit dr umah aku), sebab sejak ter’kena’ penyakit ni, makan minum mmg aku jaga sikit, bykkan minum air masak, makan buah apple hijau utk maintainkan gula dalam badan..walaupun terkena diabetes, aku selamat dr tekanan darah tinggi/hb rendah, alhamdulillah (dua lg penyakit popular utk org mengandung)..
apapun, pengalaman meneguk air gula yg ’sedappp’ tu takkan aku lupakan, utk pengajaran sebenarnya supaya next time pregnant (insyaallah..), aku akan lebih jaga2 dengan gaya pemakanan aku, bak kata org pengalaman mengajar kita erti kesusahan, hehe..doa2kanlah aku sihat sepanjang mengandung ni dan dikurniakan baby yang sihat, insyaallah..wassalam..
notakaki: dulu kata mak mertua, skang diri yg terkena, daulat2, hehe..