Monday, May 25, 2009

100 days to go:)

By azryn akmal | 9:37 PM | | Filed :
salam,

arini aku cuti, dok umah sbb kena wat check-up + bsp, 2 minggu sekali. td timbang dan ambil berat, so far ok jer, takde pun tanda2 kena kencing manis lg, bacaan bsp pun normal jer, aku pun takdelah tahan makan itu ini, sume pun belasah, yg penting kena byk minum air masak, tu jer..

la ni, kat luar mendung mcm nak hujan, sekian lama cuaca panas, sekali-sekala hujan turun, mcm nikmat plak. sbbnye umah aku ni spesies panas, bukaklah tingkap, kipas panasnya ya rabbi, tuhan je yg tahu. 2 mlm lepas, mmg panas betul. dah la skang ni aku tidur tak bape nak nyenyak, asyik terjaga sbb perut ni nak kena adjust selalu, tambah plak peluh menitik2, aduh..tension la jugak. tgh2 malam, selamat hubby aku tidur kat bwh, langsung tak alas apa2, hehe..

btw, xde ape pun yg menarik utk dikongsi, cuma diam tak diam, dah nak masuk 7 bulan pun kandungan aku ni..so far, alhamdulillah takde ape pun yg berbeza cuma skang ni baby makin kerap bergerak, lebih2 lagi kalau aku drive pagi nak pi keje, jam itu la dia sibuk xtvt dlm perut & kalau aku nak tidur, pun dia suka nak bergerak, kdg2 tu sengaja aku panggil hubby aku dok tunggu tgk, suruh dia pegang perut, ajak dia berbual2 tp hubby aku tu pemalas sket, disuruh baru buat, kalu tak dia buat donno jer :)
td pun nurse dah pesan, dia kata aku dah boleh packing apa yg patut utk standby, letak dlm kete ke, sbb 7 bulan tu katanya dah kena siap-sedia, kot2 baby aku ni nak kuar awal ke, tp kalau boleh aku nak la dia cukup time, maksud aku biarlah aku bersalin ikut due, tak cepat & tak lambat, kalu ngam2 cuti merdeka 31 ogos pun ok gak, jdk baby merdeka la dia, kuikui..
seperkara lagi, insyaallah aku kalu boleh la nak bersalin kat kampung je, kat muar. kebetulan mak aku pun dah cuti sekolah, masa tu kan bulan posa, so confirm dia ada kat umah, plan awalnya aku nak la bersalin kat sini je (shah alam) tp ramai yg tak setuju sbb sape nak nengokkan aku nnti, dah la takde pengalaman, tinggal plak sorg2, apa2 hal takde sape leh tolong, so akhirnya kitaorg decide balik muar je, senang jugak sbb abang2 aku ada, masalah transport pun xde kalu nak bwk aku p klinik ke apa..

last but not least, aku jugak plan nak buat 3d scan, tgklah kalau ade kesempatan, setakat ni aku scan tak confirm pun baby girl or boy, tp kalau boleh nak la boy, hehe..girl pun ok, leh teman aku pi shopping2 nnti..papepun, wish me luck..skang ni dok sibuk baca blog2 psl ibu mengandung ni, mn yg aku tak tahu aku search je dr internet, senang bangat!! chow!!

Sunday, May 17, 2009

warehouse sale

By azryn akmal | 9:35 PM | 0 Sweeties | Filed :
salam,
sejak aku dok shah alam ni, barulah aku kenal erti shopping yg sebenar, hehe..sbb kat sini shopping mall punyelah byk pilihan, tambahan plak aku ni kira duduk tgh2, nak p shah alam boleh, nak p klang pun boleh, kl pun takdelah jauh sgt kalau nak diikutkan (tp jarang bebenor la teman nak turun kl), so far yg mengujakan aku adalah ‘warehouse sale’.
arini ni aku g cadbury sales, saje ajak hubby aku p, org agak ramai la jugak walaupun kitaorg tiba tu dlm 10.15 pg, tp org dah beratur panjang, nasib baiklah tak tunggu lama, guard dia lepas sikit2 taknak bg crowded. actually, aku takdelah borong byk, sekadar teringatkan anak2 buah, bulan depan aku plan nak blk kg, so sambil2 tu leh la buat buah tangan utk diaorg, murah kan, so xdelah terasa sgt kalau borong pun, yg pasti 2 beg palstik besar aku kaut, itu pun x sume aku amik, belanja dlam rm50++ je, puas hati la. tp aku perasan gak td, ramai jugak yg amik kesempatan buat utk meniaga, harga mmg murah, due date pun xdelah dekat, sampai akhir tahun, so kira berbaloilah kalau berhimpit2 sikit tp dpt jual balik dan dpt balik modal. selain tu ade jugak yg beli berkotak2, aku ingat utk keje kawin kot, yelah buat souvenir, elok sgt la tu, kalau nak beli kat supermarket, jenuh laa..
papepun, satu kelemahan aku, aku ni tak pandai nak banding harga, ckp la sana lg murah ke, sini lagi mahal ke, aku tak ingat langsung. nama pun warehouse sale, so aku assume harganya akan lebih murah dr yg kat supermarket, setakat aku nak bandingkan satu2 sorilah, xde masa. tp utk hari ni, kebanyakannya mmg murah la ex: hot choc 3 in 1 tu kalau kat tesco dekat rm15 tp td dia jual rm9 je, so oklah kalau beli kan??
so, aku skang pantang tgk sale ke ape, kalau kena time gaji ke apa, tambah plak ada geng yg nak teman, confirm aku serbu. memandangkan ofis aku pun dekat ngan kebanyakan distributor, so setiap kali diaorg buat sale, aku mesti tak lepaskan peluang nak p jenguk, hehe..tu je la nak cter, bye…..
p/s: antara yg dekat ngan ofis aku kalu buat warehouse sale:- fila, revlon+silky girl, metrojaya, network food (coklat van houten tu..), poney & cadbury..jusco pun masuk gak, hehe..