Tuesday, February 26, 2008

‘VoTe Me’

By azryn akmal | 5:06 PM | 0 Sweeties | Filed :
2,3 ari nie aku makin awal tb kat opis, hehe..bukan rajin tp sbb nak surf internet, pg2 org takde senang ati la sket nak wat pape pun. sbb2 lain tentula sbb jem makin meruncing kat sini, so utk mengelakkan dok lama bertapa dlm kete, baik aku kua awal, bagus jugak utk kesihatan, hehe..
td, bos kecik bgtau 1 berita menggemparkan, ofis aku ni nak shift lagi next year, ayya!! mnyk teruk la kalu pindah based on my experience laa..penat gler kalu bab angkat2 barang nie, tp yg heppinye sbb kitaorg nak pindah kat sg buloh jer, maknanya aku dah dekat gler ngan opis, mungkin take time about 15 minit jer, hehe…senang la kalu mcm tu, aku nie bukan kisah pun psl dtg awal cuma memandangkan petrol skang ni x dijamin stabil, so kalu la ofis dekat, tak ke boleh save ber’juta2′ duit kete aku, haha..pape pun, mende tu lmbt lagi, 2009 kan jauh lagi, hehe..
slain dr tu, 2,3 ari nie jugak kije agak relaks, sample masuk pun cuma sebotol dua & tak urgent, okla utk kitaorg buat aktiviti menjahit, main game bola2, etc.. cuma x syoknye dgr2 tak lama lagi sample dlm ratus2 nak masuk, alahai..makcik jdk sotong balik la jwbnyer, heheh…
8 mac nie, insyaallah aku nak g ngundi, 1st time tuu..excited la jugak sbb seingt aku la dah 4,5 thn sudah aku daftar, tu pun kebetulan spr buat roadshow kat sogo KL, masa tu amik kesempatan la daftar, skali dpt la kuih-muih ngan air mineral, hehe..so sape aku nak undi, rahsia la beb..kat area rumah aku skang pun dah nampak kemeriahan la sket2, mungkin akan lebih meriah ble dah nak tiba ari mengundi, pape pun yg penting aku kenalah balik muor, tu yg best sebenarnye nak jumpa family aku, hehe…tata!!

Wednesday, February 20, 2008

“Bahagie nye dapat pakwe macam die…”

By azryn akmal | 5:05 PM | 0 Sweeties | Filed :
Saya suka tengok jari awek saya… 
Cantik betul… Sungguh! 
Sampai takut nak pegang… 
Bukan takut patah… 
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other 
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa… 

Saya suka tengok rambut awek saya… 
Cantik betol… Sungguh! 
Sebab tu saya belikan tudung… 
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak…. 
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka 
Di suatu hari yang giler forever 

Saya suka tengok body awek saya….. 
Cantik betol… Sungguh! 
Sebab tu saya belikan dia telekong 
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama 
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. 
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye… 

Saya sedih tengok awek saya 
Tak tido, tak makan rindu kat saya… 
Saya pun macam tu jugak, 
Ada problem yang sama.. 
Die tanya apa ubatnya? 
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa… 
Semoga lebih cintakan Nya dari saya… 

Saya sedih tengok awek saya 
Selalu pesan macam-macam kat saya… 
"Makan, minum, drive elok-elok tau.. 
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya… 
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu 
Die tak kata satu aper pun… 
Berdosanye saya…. 

Kesimpulannya saya memang sayang dia… 
Nak jumper die giler forever… 
Yang forever punye forever… 
Di dunia dan akhirat terutamanya, 
Janji nak share heaven sama-sama… 
Bahagia selamanya… 

Semoga kami saling mengingati, 
Dosa sendiri pun infiniti… 
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni… 
Semoga kami menginsafi diri… 
Ya Allah ampunkanlah kami…. 
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti… 

P/s - andai anda seorang wanita muslimah… 
Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu… 
Then kalu anda seorang muslim… 
Apa kata tanamkan dalam hati camtu… 
Cinta tu anugerah Allah… 
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye… 
Semoga saya pun ambik iktibar gak… 
Wassalam

Monday, February 18, 2008

KHUTBAH TERAKHIR

By azryn akmal | 5:04 PM | 0 Sweeties | Filed :
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah Di Lembah Uranah, Gunung ‘Arafah
"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak Ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini Dan sampaikanlah IA kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada Hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini Dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa Dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu Dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus ASA untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan Dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! Dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman Dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu Dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat Dan harta kekayaan kamu Dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak Ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa Dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu Hari untuk dipertanggungjawabk an atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak Ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku Dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul Dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh Dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran Dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain Dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain Dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "