Monday, June 8, 2009

~aku happy~

By azryn akmal | 9:38 PM | | Filed :
yuhu…
last weekend aku selamat balik kampung kat muor, hehe..sronot rasanya dpt balik umah sendiri, walaupun aku takdelah lama sgt tak balik cuma bila dpt jenguk mak aku & anak-anak sedara aku tu, rasa mcm puas plak dpt tengok muka diaorg depan mata.


btw, tujuan utama aku balik ni sbb mak aku plan nak buat kenduri sikit, buat tahlil & doa selamat utk aku sekali yg dah pun masuk 7 bulan ni, doa2 moga sumenya selamat, dimudahkan urusan..2 bulan je lagi nak ‘meletop’, hehe..pejam celik dah tinggal leboh kurang 80++ hari je lagi..so far, semuanya ok, tubuh badan aku laa..cuma sesekali je kaki tu membengkak, so ikut petua yg org bagi, kalau nak kurangkan kenalah tidur dengan kaki beralas, maksudnya letak la bantal ke, utk bg kaki tu tinggi sikit dr badan..so mmg mujarab pun, sbb esok bila bangun pagi, kurang la sikit sembabnya..

selain wat kenduri, aku sebenarnya plan nak buat banyak benda tp ter’aral’ sbb mak aku bz betul weekend tu, dr pagi smpi ke petang, dia dok sibuk kat kantin. citer psl kantin ni, mak aku sebenarnya pengusaha kantin sekolah rendah..lama sgt dah dia meniaga, dr aku sekolah rendah sampai la skang..penahlah dia stop sekejap tp lepas tu sambung balik sbb dapat tender. actually, mak aku ni memang suka memasak, ckp la apa pun, sekejap je dia standby brg2 & masak. sbb tu la aku suka kalu balik kampung ni, bab makan memang takde masalah, teringin nak makan itu ini, kalu cukup brg mentah, siaplah mak aku dok dapur..dulu2 dia cuma tumpukan kat sekolah je tp la ni, dah merebak ke majlis2 org, cikgu2 kat sekolah tu pantang ade majlis, luar @ dlm sekolah, sumenya dok tempah ngan mak aku..satu jer kot yg aku perasan, nape org2 ni suka tempah dgn mak aku, maybe sbb dia ni jenis yg boleh lebih kurang halal, duit upah pun takdelah berkira sgt, dia takkan demand melampau, org kata biar lepas modal jadikla..then mak aku plak takde masalah pun tempat nak memasak, kalu majlis besar2 ni, dia masak kat kantin jer, since brg2 sume dah ada, kalu nak masak kat umah, jenuh sketla sbb space kecik, brg pun tak cukup. even skang ni pun, mak aku jarang masak kat umah, sume pun dia prepare kat kantin, senang katanya. sepah pun senang, satu tempat, nama pun kantin kan, memang tempat utk memasak, dapur byk, sinki pun 2,3 ada, pinggan mangkuk jgn cakaplah, penuh, hehe…

citer psl memasak ni, ada la jugak yg tanya, takde ke yg nak mengikut langkah mak aku, maksudnya yg boleh teruskan tradisi, hehe..memandangkan aku je anak perempuan, so slalunya aku la jdk mangsa, aku ni bukanlah tak minat memasak, suka jugak nak try itu ini tp bab nak bg org makan tu, pyh la sket, org yg brani makan aku masak cuma abg apis aku je, org lain tak pernah lagi, even mak aku sendiri. nak kata tak yakin tu, xdelah sgt cuma takut org kena sakit2 perut plak, huhuh..tp so far, apis ok je, kalu dia sakit perut tu, bukan sbb aku yg masak tp perut dia yg k.o. hehe…

oklah, arini aku off lagi, kena wat bsp, huhu..memang la sronot dpt dok umah tp x sronot sbb asyik kena ulang-alik ke klinik je, esok plak nak kena g sepital plak, aisehman…ni la kot dugaan utk ibu2 mengandung, hehehe…chow, wassalam…

Monday, May 25, 2009

100 days to go:)

By azryn akmal | 9:37 PM | | Filed :
salam,

arini aku cuti, dok umah sbb kena wat check-up + bsp, 2 minggu sekali. td timbang dan ambil berat, so far ok jer, takde pun tanda2 kena kencing manis lg, bacaan bsp pun normal jer, aku pun takdelah tahan makan itu ini, sume pun belasah, yg penting kena byk minum air masak, tu jer..

la ni, kat luar mendung mcm nak hujan, sekian lama cuaca panas, sekali-sekala hujan turun, mcm nikmat plak. sbbnye umah aku ni spesies panas, bukaklah tingkap, kipas panasnya ya rabbi, tuhan je yg tahu. 2 mlm lepas, mmg panas betul. dah la skang ni aku tidur tak bape nak nyenyak, asyik terjaga sbb perut ni nak kena adjust selalu, tambah plak peluh menitik2, aduh..tension la jugak. tgh2 malam, selamat hubby aku tidur kat bwh, langsung tak alas apa2, hehe..

btw, xde ape pun yg menarik utk dikongsi, cuma diam tak diam, dah nak masuk 7 bulan pun kandungan aku ni..so far, alhamdulillah takde ape pun yg berbeza cuma skang ni baby makin kerap bergerak, lebih2 lagi kalau aku drive pagi nak pi keje, jam itu la dia sibuk xtvt dlm perut & kalau aku nak tidur, pun dia suka nak bergerak, kdg2 tu sengaja aku panggil hubby aku dok tunggu tgk, suruh dia pegang perut, ajak dia berbual2 tp hubby aku tu pemalas sket, disuruh baru buat, kalu tak dia buat donno jer :)
td pun nurse dah pesan, dia kata aku dah boleh packing apa yg patut utk standby, letak dlm kete ke, sbb 7 bulan tu katanya dah kena siap-sedia, kot2 baby aku ni nak kuar awal ke, tp kalau boleh aku nak la dia cukup time, maksud aku biarlah aku bersalin ikut due, tak cepat & tak lambat, kalu ngam2 cuti merdeka 31 ogos pun ok gak, jdk baby merdeka la dia, kuikui..
seperkara lagi, insyaallah aku kalu boleh la nak bersalin kat kampung je, kat muar. kebetulan mak aku pun dah cuti sekolah, masa tu kan bulan posa, so confirm dia ada kat umah, plan awalnya aku nak la bersalin kat sini je (shah alam) tp ramai yg tak setuju sbb sape nak nengokkan aku nnti, dah la takde pengalaman, tinggal plak sorg2, apa2 hal takde sape leh tolong, so akhirnya kitaorg decide balik muar je, senang jugak sbb abang2 aku ada, masalah transport pun xde kalu nak bwk aku p klinik ke apa..

last but not least, aku jugak plan nak buat 3d scan, tgklah kalau ade kesempatan, setakat ni aku scan tak confirm pun baby girl or boy, tp kalau boleh nak la boy, hehe..girl pun ok, leh teman aku pi shopping2 nnti..papepun, wish me luck..skang ni dok sibuk baca blog2 psl ibu mengandung ni, mn yg aku tak tahu aku search je dr internet, senang bangat!! chow!!

Sunday, May 17, 2009

warehouse sale

By azryn akmal | 9:35 PM | 0 Sweeties | Filed :
salam,
sejak aku dok shah alam ni, barulah aku kenal erti shopping yg sebenar, hehe..sbb kat sini shopping mall punyelah byk pilihan, tambahan plak aku ni kira duduk tgh2, nak p shah alam boleh, nak p klang pun boleh, kl pun takdelah jauh sgt kalau nak diikutkan (tp jarang bebenor la teman nak turun kl), so far yg mengujakan aku adalah ‘warehouse sale’.
arini ni aku g cadbury sales, saje ajak hubby aku p, org agak ramai la jugak walaupun kitaorg tiba tu dlm 10.15 pg, tp org dah beratur panjang, nasib baiklah tak tunggu lama, guard dia lepas sikit2 taknak bg crowded. actually, aku takdelah borong byk, sekadar teringatkan anak2 buah, bulan depan aku plan nak blk kg, so sambil2 tu leh la buat buah tangan utk diaorg, murah kan, so xdelah terasa sgt kalau borong pun, yg pasti 2 beg palstik besar aku kaut, itu pun x sume aku amik, belanja dlam rm50++ je, puas hati la. tp aku perasan gak td, ramai jugak yg amik kesempatan buat utk meniaga, harga mmg murah, due date pun xdelah dekat, sampai akhir tahun, so kira berbaloilah kalau berhimpit2 sikit tp dpt jual balik dan dpt balik modal. selain tu ade jugak yg beli berkotak2, aku ingat utk keje kawin kot, yelah buat souvenir, elok sgt la tu, kalau nak beli kat supermarket, jenuh laa..
papepun, satu kelemahan aku, aku ni tak pandai nak banding harga, ckp la sana lg murah ke, sini lagi mahal ke, aku tak ingat langsung. nama pun warehouse sale, so aku assume harganya akan lebih murah dr yg kat supermarket, setakat aku nak bandingkan satu2 sorilah, xde masa. tp utk hari ni, kebanyakannya mmg murah la ex: hot choc 3 in 1 tu kalau kat tesco dekat rm15 tp td dia jual rm9 je, so oklah kalau beli kan??
so, aku skang pantang tgk sale ke ape, kalau kena time gaji ke apa, tambah plak ada geng yg nak teman, confirm aku serbu. memandangkan ofis aku pun dekat ngan kebanyakan distributor, so setiap kali diaorg buat sale, aku mesti tak lepaskan peluang nak p jenguk, hehe..tu je la nak cter, bye…..
p/s: antara yg dekat ngan ofis aku kalu buat warehouse sale:- fila, revlon+silky girl, metrojaya, network food (coklat van houten tu..), poney & cadbury..jusco pun masuk gak, hehe..

Thursday, April 9, 2009

~aku dan gula~

By azryn akmal | 9:34 PM | 0 Sweeties | Filed :
yezza..salam sume, pejam celik dah pun nak masuk 5 bulan kandungan aku, hehe..perasaan? macam2, bercampur-baur, seronok, gelisah pun ada jugak sbb perut ni dah makin ke depan, baju seluar sume dah tak muat, tp perut je la..maknye masih maintain cute lagi, haha..
apepun, aku blaja benda baru masa peggy nie sbb aku dpt penyakit, hehe..mcm makcik2 plak rasanya bila check darah aritu, tahap gula aku naik, memula tu mcm cuak la jugak, sbb nurse yg tukang amik darah tu sekali ngan ekspresi muka poyo cakap ”alamak, awak ada kencing manis laaa..” masa tu rasanya muka aku kelat la sekejap, tak sangka org slim mcm aku ni ada kencing manis jugak, bila nurse tu kata aku kena jumpa doktor, lagi la aku seriau. naik ke atas, doktor tu explain mcamana org mengandung ni senang dpt diabetes, mcmana nak kawal etc, at last dia suruh nurse bgtau aku prosedur amik darah 4 kali sehari @ medic punya istilah ‘bsp’.
so next weeknya, aku dtg la balik klinik, check darah, amik kat hujung jari dari kul 8 pagi - 9 mlm, dan bacaan aku ok (4.0,4.4,3.8,4.0) maknanya kandungan gula dalam darah aku ok2 jer, tp kalau boleh tak digalakkan kurang dari 4.0 @ lebih dari 7.8, so esoknya still kena jumpa doktor. alkisahnya sepanjang seminggu sblm aku p check, abis sume website ibu mengandung aku search pasal diabetes ni, rupan2nya kena jaga makan, nasi, mee, gula kena kurangkan, utk org yg bukan dr keturunan pun masih boleh dpt diabetes sebenarnya apatah lagi kalau yg parentnya mmg ada diabetes, lagilah kena jaga2 tp alhamdulillah mak aku xde la plak diabetes ni cuma aku je awal2 aritu main belasah makan itu ini, tak sangka plak terkena. so aku amalkanlah apa yg patut, siap buat menu harian utk elakkan dr ter’makan’ benda2 yg menyumbang karbohidrat jadi tinggi..walaupun perut ni terliur itu ini, tp bila dikenangkan baby, aku terpaksa lah mengalah, tak lama 9 bulan jer, kalau boleh sesiapa pun nak baby yg sihat, comel, ye tak?! sbb risiko diabetes waktu mengandung ni, baby akan jad besar, kalau besar susah nak bersalin normal (apatah lg utk org comel mcm aku ni, hehe) nnti ke c-zer, kalau boleh nak elakkan benda2 ni dari terjadi, insyaallah..
next week (14 april), aku kena p wat ‘bsp’ lagi, kena amik cuti lagi (mc la jwbnyer..), diambik darah 4x sehari..hopefully resultnya ok, dan aku tak pyhlah ulang-alik ke klinik (w/pun tak jauh, cuma 5 minit dr umah aku), sebab sejak ter’kena’ penyakit ni, makan minum mmg aku jaga sikit, bykkan minum air masak, makan buah apple hijau utk maintainkan gula dalam badan..walaupun terkena diabetes, aku selamat dr tekanan darah tinggi/hb rendah, alhamdulillah (dua lg penyakit popular utk org mengandung)..
apapun, pengalaman meneguk air gula yg ’sedappp’ tu takkan aku lupakan, utk pengajaran sebenarnya supaya next time pregnant (insyaallah..), aku akan lebih jaga2 dengan gaya pemakanan aku, bak kata org pengalaman mengajar kita erti kesusahan, hehe..doa2kanlah aku sihat sepanjang mengandung ni dan dikurniakan baby yang sihat, insyaallah..wassalam..
notakaki: dulu kata mak mertua, skang diri yg terkena, daulat2, hehe..

Friday, March 20, 2009

pengalaman baru ;)

By azryn akmal | 9:33 PM | 0 Sweeties | Filed :
salam…lamanya tak update, bukan lah takde masa cuma perangai malas tu agak ketara sejak akhir2 ni, hehe.. apapun, hari ni kat tempat kije, sehari-suntuk aku dok relaks, sbb kije tak byk, yg ada pun due lambat lagi, happy gler siap lentok2 baca novel (jgn la bos aku baca, hehe..naya beb), dah ptg2 sket bebudak ni siap main bingo la, main abc la saje nak buang masa. aku pun tumpang sekaki, tolong gelak je la..
balik dr keje, aku terus g klinik nak p scan. alhamdulillah, doktor kata ok je, cuma masa scan tu nampak la kepala baby tu gerak2, excited gler aku tgk, hehe..hubby aku pun tertengok2 biler doktor tu tunjuk kepala dan tulang belakang dia..rasa cam tak caya pun ada, rasa bersyukur sesangat sbb takde apa2 masalah, dan doktor tu pesan leh dtg lg utk scan dlm sebulan dua lagi :p
macamana sekalipun, pengalaman mengandung ni memang mencabar, yelah first time, sume benda yg berlaku pd tubuh badan semuanya benda baru yg tak pernah aku rasa sebelum ni..muntah teruk, sakit kepala dan mcm2 lagi yg aku tempuh sepanjang 3 bulan pertama ni, tp aku rasa inilah yang membuatkan aku sedar betapa susahnya mak aku mengandungkan kitaorg adik-beradik dulu..
apapun, doakan aku selamat..bak kata doktor tadi, kot2 baby ni kuar time merdeka, tak ke happy, hehe..wassalam..