Sunday, October 12, 2008

~~aku petani jaya~~

By azryn akmal | 9:31 PM | 0 Sweeties | Filed :
pagi sabtu ~ dlm pala aku dah set nak jadik pekebun jaya pagi2 ni. memandangkan bulan posa lepas aku mmg x sempat nak bersihkan belakang umah, so hari ni aku plan nak bersihkan apa yg patut. pening la jugak bile tgk rumput naik x tentu hala ni, rimas ;( belakang umah aku ni kira ok la jugak tanahnya, ape pun tanam insyaallah menjadi masalahnye cuma satu, yg nak tukang tanam tu, hehe..phm2 je lar, malas ya rabbi tp sejak pokok kacang panjang hubby aku menjadi (dpt la jugak bagi ofismate:)), so aku ingat lebih baik aku pun join sekaki, tanam la pape sayur la aku makan, dpt gak save duit beli sayur, mls nak kuar g kedai petik je la kat belakang, hehe…
habis je cabut rumput, aku terus pindahkan pokok kaktus aku yg aku beli kat cameron aritu, semuanya ada 7 jenis (rm10 jer..), ada 2 yg dah besar, so aku pindahkanlah, mudah2an dia besar lagi, dpt gak menyerikan suasana depan umah aku, hehe..selain tu, aku tanam jugak pokok bunga apa ntah, tgk2 dah berbunga atas tanah, agaknya angin kot yg terbangkan benih dia tup2 menjadi sampai kuar bunga, so selamat la jugak aku transfer dlm pasu, moga2 sihat walafiat la lepas nie..:)
selain pokok bunga, arini aku tanam benih terung & bendi, dulu pernah la aku tanam bendi tp sebab x jaga sangat, sayurnya x bape cantik, nak makan pun rasa was-was last2 aku cabut buang. skang ni yg tgh naik sayur kat umah aku ~ kacang panjang, pokok turi (masak lemak sodapppp!!), pucuk manis & pokok betik (depan umah pun ada ;)). sesekali terasa nak makan, aku petik je la, xyah susah-payah g kedai, paling koman pun diaorg jual seikat 50 sen ke singgit, so jimat la w/pun x byk tp jimat tenaga, wang & paling penting..minyak kete, hehe..
la ni, tempat aku br je berhenti hujan, sejuk2 la jugak..hubby aku pun br je sampai umah, so disebabkan xde aktiviti, aku bukak la blog ni, saja suka2 update, selalunya aku update kat ofis tp dah ada tenet kat umah ni senang la sket nak menulis, kalau kat ofis kang takut bos perasan daa..okla, aku nak mandi pasni, siap2 nak g pasar malam plak, bukan nak cari sayur tp nak cari ikan, hehe .. jimat beb kalu masak sendiri !!
chow!!

Wednesday, October 8, 2008

.: salam aidilfitri :.

By azryn akmal | 9:30 PM | 0 Sweeties | Filed :
masa cepat betul berjalan..rasa mcm baru je nak start puasa, tup2 dah pun masuk seminggu lebih beraya, hehe..raya thn ni bg aku biasa2 aje, istimewa pun sbb kali ni turn aku plak beraya dulu, walaupun xdelah beraya sakan tapi dptlah aku jengah sedara-mara rapat & kwn2 sekolah yg dah bertahun x jumpa. kalau nak diikutkan, memang x habis berjalan pun sbb cuti kali ni x cukup panjang, 6 hari raya dah nak start keje balik, nasib2..
sepanjang nak beraya ni, dptlah jugak aku spend sikit duit raya utk anak2 sedara aku, mmg awal2 lagi aku list kan apa yg patut aku beli @ tak sbb ikut pengalaman aku, byk benda membazir yg aku ter’beli’ last raya, bila dah x habis rasa rugi plak. cth mcm kuih raya, teringat aku zaman2 belaja ukm dulu, skali aku balik, siap ngan mcm2 kuih aku borong sudahnya sendiri yg habiskan, hehe..la nie, aku belajar dr kesilapan, membazir ni kan amalan syaitan, tul tak?!
baju raya? kali ni hubby aku pilih warna kelabu, so aku ikut je la. masa nak cari dulu punyelah pyh dia nak pilih kaler, aku plak jenis belasah jer, no hal punye apa kaler pun asalkan jgn warna kuning sudah..memandangkan laki bini kenalah pakai sedondon, aku pun pilihlah jugak kaler kelabu, sebat je lar, xde pun yg mahal, yg semeter belas2 jer, jadik la..
la ni, ble dah balik semula ke shah alam, mcm biasa la balik, p balik keje. nak beraya pun xde masa, harap la kalau2 ada yg sudi nak mai umah aku, tp kena bgtau dulu sbb skang ni aku tgh jalankan perintah berkabung (utk umah aku je lar :)), start kul 7pm sampaila esoknye, mmg gate + pintu selamat aku tutup, lampu depan pun slamat aku off, hehe..jahatnye sbb nak elakkan bebudak taman aku tu dtg, tak larat satu geng kadang2 lebih 10 org, diaorg tu bukan dtg nak beraya pun, sah2 la nak duit raya, tp disebabkan aku pun xde budget besar, so harap maap la nak bg masuk, hehe..so sesape nk dtg (yg dewasa laa) kenalah inform aku lu, leh la aku standby nak buka pintu, hehe..
apapun, raya dtg & pergi, hidup kita tetap perlu diteruskan. maaf la kalu ade terkasar bahasa, tersilap kata, halalkan makan & minum & selamat hari raya aidilfitri 2008 utk sume..:)