Thursday, March 21, 2013

Doodle & Make Over

By azryn akmal | 3:50 PM | | Filed :
Assalamualaikum...

Tadi aku baru je tempah perkhidmatan make over blog aku, ngeee. Maklumlah sedar diri yg tak berapa nak IT & malas tapi dalam masa yang sama aku jeles tgk blog budak2 zaman skang yg kiut-miut dgn doodle bagai. Kalaulah masa aku kawin dulu dah ada benda doodle ni, nescaya aku buat untuk kad kawin aku & buh belakang pelamin hahah..

Dalam seminggu ni aku try la tanya 2-3 blogger yg amik upah buat doodle + make over blog. Dalam ramai2 tu aku pilih yg cepat reply. Setiap pembuat doodle ni ada kretiviti masing2, just pilih mana yg rasa berkenan, upah je diaorg. Masa untuk disiapkan dalam seminggu dua gitu, janganlah bajet hari ni tempah esok siap ye. Aku yg try buat muka doodle pun tak lepas2, susah jugak la utk beginner mcm aku. Tapi kalau yg dah expert pun, idea kenalah selalu ada & fresh. Satu2 doodle yg diaorg buat mesti ada keunikannya. Harap2 bila blog ni dah comel nanti, semangat aku nak menulis akan selalu tinggi.

So kena tunggu seminggu lagi, tak sabar nak tengok rupa baru blog aku ni ^^

Bagi yg minat tempah doodle, pi la Oh! Gerlie Doodle yauuu..geram tengok doodle yg comel2 ^^

Wassalam..

Tuesday, March 19, 2013

Puncak Alam is Our Home

By azryn akmal | 4:31 PM | | Filed :
Assalamualaikum..

Kali ni aku nak citer pasal tempat tinggal aku, macamana kes aku tercampak ke Bandar Puncak Alam (BPA). Alkisahnya, masa lepas kawin back to 2006, aku resign dari company kat Gebeng. Reason pertama adalah aku tak nak dah duduk jauh dari family kat Muar. Selama aku duduk pantai timur, lebih kurang setahun lebih aku mmg homesick habis, boleh dikatakan tiap2 bulan aku mesti balik Johor. Bayangkan kat situ je aku perabis duit minyak ulang-alik mcmlah Kuantan-Muar tu setengah jam hehe. Reason kedua, aku tak suka dah keje situ hahah..

So suami aku pun sama, dia resign terus dr keje MISC dan cari keje baru. Tup-tup dia dapat keje kat Klang. Aku siap temankan dia pi interview dan tak lama pastu dia dpt dah keje, cuma aku je belum. Since suami aku biasa dgn Klang (dia kan keje kapal, mmg pelabuhan klang tu tempat dia berkampung kalau sign-off), so kitaorg decide terima je keje tu dulu & mula fikir nak duduk mana.

Entah macamana, bincang punya bincang kitaorg tak tau nak stay mana. Abg ipar aku offer duduk rumah dia kat Bukit Beruntung tp bila check, mcm jauh sgt dr Kapar. Dalam pada mencari-cari tempat tu, tiba2 ofismate aka jiran abg ipar aku tu offer apartment dia kat Puncak Alam. So kitaorg pun bertiga pun pergilah ke rumahnya, masa tu mcm alahai jauhnya, ceruk mana pun tak tau. Bila dr rumah nak ke Kapar amik masa dalam setengah jam (tp masa tu silap jalan rupanya, kitaorg patah balik dr Kapar, patutnya gi Meru). Masa pun dah suntuk, so ckp dgn abg tu boleh la, dr merempat ntah kemana-mana hehe..Ptg tu jugak kitaorg hantar abg tu ke Pudu, dia balik Kuantan dan bermulalah kehidupan kitaorg kat BPA :)

Actually, masa tu BPA tak ramai penduduk mcm hari ni. Kitaorg plak duduk apartment yg atas bukit atas sekali. Tingkat 3 kot, apartment Cinta. Nak turun ke bawah punyalah bercinta, even nak beli barang dapur pun kdg2 malas. Sape2 duduk apartment area situ, wajib ada transport, kalau tak mmg la sangap la menapak ke bawah. Bawah tu bukan main-main, turun bukit lagi ^^

Dijadikan citer, tak sampai sethn duduk apartment kitaorg try cari rumah teres setingkat, area Fasa 2. Masa tu UITM xde lagi, so sewa taklah semahal hari ni, kebetulan terjumpa sebuah rumah utk disewa, mmg ngam dekat dgn kedai, surau & sekolah (mcmlah ada anak nak sekolah hihi), sewa pun baru RM350 je. Punggahlah semula brg2 rumah pindah ke bawah mujur harta tak byk mana, paling berat pun cuma mesin basuh je, selesai je pindah lega dpt pijak tanah kih3. Jiran pun ok, tuan rumah pun sgt la baik hati ^___^.

2013 ni masuk 7 thn dah kitaorg kat sini, dari selengang2 tempat sampailah dah crowded, maklumlah bila dekat dgn universiti, mmg ketara nampaknya dgn kehadiran student. Aleesya pun lahir jadi org Selangor. Kedai2 pun dah byk, projek perumahan baru pun dah naik. Stesen minyak ada 2, bank pun dah ada area Alam Jaya, Econsave lagi. Dalam pembinaan ialah masjid besar & coming soon Tesco. Hat ni yg best sebab betul2 depan rumah aku nanti ^^..

 
*Silap rumah ni, yg kiri tu rumah kitaorg, ni rumah org hehe*

Yg ni rumah kitaorg dalam pembinaan, Insyaallah bulan Jan 2014 siaplah agaknya, tak sabar nak rasa duduk rumah sendiri, Alhamdulillah..

Next entry aku akan citer lebih lagi pasal BPA ni, sebab tempat ni baru nak naik so boleh la 10-20 tahun akan datang bukak balik entry ni ^^