Monday, May 25, 2009

100 days to go:)

By azryn akmal | 9:37 PM | | Filed :
salam,

arini aku cuti, dok umah sbb kena wat check-up + bsp, 2 minggu sekali. td timbang dan ambil berat, so far ok jer, takde pun tanda2 kena kencing manis lg, bacaan bsp pun normal jer, aku pun takdelah tahan makan itu ini, sume pun belasah, yg penting kena byk minum air masak, tu jer..

la ni, kat luar mendung mcm nak hujan, sekian lama cuaca panas, sekali-sekala hujan turun, mcm nikmat plak. sbbnye umah aku ni spesies panas, bukaklah tingkap, kipas panasnya ya rabbi, tuhan je yg tahu. 2 mlm lepas, mmg panas betul. dah la skang ni aku tidur tak bape nak nyenyak, asyik terjaga sbb perut ni nak kena adjust selalu, tambah plak peluh menitik2, aduh..tension la jugak. tgh2 malam, selamat hubby aku tidur kat bwh, langsung tak alas apa2, hehe..

btw, xde ape pun yg menarik utk dikongsi, cuma diam tak diam, dah nak masuk 7 bulan pun kandungan aku ni..so far, alhamdulillah takde ape pun yg berbeza cuma skang ni baby makin kerap bergerak, lebih2 lagi kalau aku drive pagi nak pi keje, jam itu la dia sibuk xtvt dlm perut & kalau aku nak tidur, pun dia suka nak bergerak, kdg2 tu sengaja aku panggil hubby aku dok tunggu tgk, suruh dia pegang perut, ajak dia berbual2 tp hubby aku tu pemalas sket, disuruh baru buat, kalu tak dia buat donno jer :)
td pun nurse dah pesan, dia kata aku dah boleh packing apa yg patut utk standby, letak dlm kete ke, sbb 7 bulan tu katanya dah kena siap-sedia, kot2 baby aku ni nak kuar awal ke, tp kalau boleh aku nak la dia cukup time, maksud aku biarlah aku bersalin ikut due, tak cepat & tak lambat, kalu ngam2 cuti merdeka 31 ogos pun ok gak, jdk baby merdeka la dia, kuikui..
seperkara lagi, insyaallah aku kalu boleh la nak bersalin kat kampung je, kat muar. kebetulan mak aku pun dah cuti sekolah, masa tu kan bulan posa, so confirm dia ada kat umah, plan awalnya aku nak la bersalin kat sini je (shah alam) tp ramai yg tak setuju sbb sape nak nengokkan aku nnti, dah la takde pengalaman, tinggal plak sorg2, apa2 hal takde sape leh tolong, so akhirnya kitaorg decide balik muar je, senang jugak sbb abang2 aku ada, masalah transport pun xde kalu nak bwk aku p klinik ke apa..

last but not least, aku jugak plan nak buat 3d scan, tgklah kalau ade kesempatan, setakat ni aku scan tak confirm pun baby girl or boy, tp kalau boleh nak la boy, hehe..girl pun ok, leh teman aku pi shopping2 nnti..papepun, wish me luck..skang ni dok sibuk baca blog2 psl ibu mengandung ni, mn yg aku tak tahu aku search je dr internet, senang bangat!! chow!!