Monday, June 8, 2009

~aku happy~

By azryn akmal | 9:38 PM | | Filed :
yuhu…
last weekend aku selamat balik kampung kat muor, hehe..sronot rasanya dpt balik umah sendiri, walaupun aku takdelah lama sgt tak balik cuma bila dpt jenguk mak aku & anak-anak sedara aku tu, rasa mcm puas plak dpt tengok muka diaorg depan mata.


btw, tujuan utama aku balik ni sbb mak aku plan nak buat kenduri sikit, buat tahlil & doa selamat utk aku sekali yg dah pun masuk 7 bulan ni, doa2 moga sumenya selamat, dimudahkan urusan..2 bulan je lagi nak ‘meletop’, hehe..pejam celik dah tinggal leboh kurang 80++ hari je lagi..so far, semuanya ok, tubuh badan aku laa..cuma sesekali je kaki tu membengkak, so ikut petua yg org bagi, kalau nak kurangkan kenalah tidur dengan kaki beralas, maksudnya letak la bantal ke, utk bg kaki tu tinggi sikit dr badan..so mmg mujarab pun, sbb esok bila bangun pagi, kurang la sikit sembabnya..

selain wat kenduri, aku sebenarnya plan nak buat banyak benda tp ter’aral’ sbb mak aku bz betul weekend tu, dr pagi smpi ke petang, dia dok sibuk kat kantin. citer psl kantin ni, mak aku sebenarnya pengusaha kantin sekolah rendah..lama sgt dah dia meniaga, dr aku sekolah rendah sampai la skang..penahlah dia stop sekejap tp lepas tu sambung balik sbb dapat tender. actually, mak aku ni memang suka memasak, ckp la apa pun, sekejap je dia standby brg2 & masak. sbb tu la aku suka kalu balik kampung ni, bab makan memang takde masalah, teringin nak makan itu ini, kalu cukup brg mentah, siaplah mak aku dok dapur..dulu2 dia cuma tumpukan kat sekolah je tp la ni, dah merebak ke majlis2 org, cikgu2 kat sekolah tu pantang ade majlis, luar @ dlm sekolah, sumenya dok tempah ngan mak aku..satu jer kot yg aku perasan, nape org2 ni suka tempah dgn mak aku, maybe sbb dia ni jenis yg boleh lebih kurang halal, duit upah pun takdelah berkira sgt, dia takkan demand melampau, org kata biar lepas modal jadikla..then mak aku plak takde masalah pun tempat nak memasak, kalu majlis besar2 ni, dia masak kat kantin jer, since brg2 sume dah ada, kalu nak masak kat umah, jenuh sketla sbb space kecik, brg pun tak cukup. even skang ni pun, mak aku jarang masak kat umah, sume pun dia prepare kat kantin, senang katanya. sepah pun senang, satu tempat, nama pun kantin kan, memang tempat utk memasak, dapur byk, sinki pun 2,3 ada, pinggan mangkuk jgn cakaplah, penuh, hehe…

citer psl memasak ni, ada la jugak yg tanya, takde ke yg nak mengikut langkah mak aku, maksudnya yg boleh teruskan tradisi, hehe..memandangkan aku je anak perempuan, so slalunya aku la jdk mangsa, aku ni bukanlah tak minat memasak, suka jugak nak try itu ini tp bab nak bg org makan tu, pyh la sket, org yg brani makan aku masak cuma abg apis aku je, org lain tak pernah lagi, even mak aku sendiri. nak kata tak yakin tu, xdelah sgt cuma takut org kena sakit2 perut plak, huhuh..tp so far, apis ok je, kalu dia sakit perut tu, bukan sbb aku yg masak tp perut dia yg k.o. hehe…

oklah, arini aku off lagi, kena wat bsp, huhu..memang la sronot dpt dok umah tp x sronot sbb asyik kena ulang-alik ke klinik je, esok plak nak kena g sepital plak, aisehman…ni la kot dugaan utk ibu2 mengandung, hehehe…chow, wassalam…